Thursday, 23 August 2012

The Power Of Five

Assalamualaikum..hari ni dah masuk 6 syawal..sekejap je masa berlalu..sedar x sedar,,ramadhan dah pun meninggalkan kita..ramadhan,,bulan yang penuh keberkatan..seharusnya kita membawa segala semangat dan azam kita sewaktu ramadhan yang lalu ke bulan ini dan bulan seterusnya agar kita mampu menjadi seorang umat yang hebat! atau dengan kata lain..POWER!..terutama kepada remaja2,,kita bakal pemimpin negara pada masa hadapan..kitalah yang mencorak kehidupan generasi-generasi yang akan datang..oleh yang demikian..ayuhhh,,bangkit remaja-remaja..anak2 muda sekalian...ubah...ubah..ubah diri menjadi lebih baik..lebih baik dari semalam..kerana kitalah ikon buat anak2 bangsa kita nanti...

Apakah semangat dan azam yang saya sebutkan tadi??..yelaa,,sewaktu ramadhan lalu..kita semua pasti telah tanamkan tekad dlm diri kita untuk menjadikan ramadhan kali ini merupakan ramadhan yang lebih baik dari tahun2 lepas..kurangkan mengumpat,,banyak2 bersabar dalam apa jua keadaan,,khatam al-quran dan sebagainya. Pasti semua tabiat yang kurang baik dihadkan dan dikawal sewaktu bulan ramadhan..contohnya,,seperti situasi ini.......
Situasi 1: "alaamaakkk,,apehaalll plak kereta depan ni slow sangat...mcm............opsss,,puasaa..."
Situasi 2: "oittt cik kiahh..nak tau x,,aku nampak anak pak daud duk kampung sebelah tu brkepit dengan anak dara orang..diorg tu aku nampak..........opss puasa,,ehhh,,dah pukul 6..nak berbuka...aku tak masak lagi..ok la kiahh,,baii2..."
Situasi 3: "haaa..dah 10 terakhir ramadhan..lagi sikit lagi nih aku nak khatam...yeayy,,"
Haaa...lain kann??...itu lah kelainan yang dapat semua orang rasa sewaktu ramadhan berbanding bulan2 yang lain..dan ini lah yang saya nak ajak semua untuk kita bawa semangat ini ke bulan seterusnya!

Ayuhhhh..bersama saya untuk membongkar disebalik perkataan POWER dan bagaimana untuk menjadi hebat dari pelbagai aspek...apa yang pentingggg...bukan hanya kerjasama..tetapi usaha yang berterusan lagi telus dan ikhlas..
Saya mulakan dengan huruf yang pertama iaitu huruf P daripada perkataan POWER tersebut...iaitu platform..ataupun pentas atau dengan kata lain..medium...saya tujukan perkara ini khusus kepada remaja2 diluar sana..jadikanlah usia kita yang muda ini sebagai platform untuk kita menjadi insan yang terbilang,,kerana pada usia ini..kita masih kuat..kuat dari segi ingatan,,pancaindera yang baik dan terutama skali kuat dari segi fizikal..adakah nanti kita dah tua baru mahu melakukan langkah yang pertama??..ternyata sudah terlewat...kerana platform tersebut hanya datang sekali sahaja dalam hidup..nikmat muda hanya sekali..jadi gunalah ia dengan sebaik-baiknya...samalah juga dengan hadirnya bulan ramadhan..jadikan kehadirannya sebagai platform buat kita untuk menanbah amal ibadat dan mengurangkan segala pekerjaan yang sia2 yang kerap kali kita lakukan di bulan yang lain..oleh yang demikian,,didiklah diri,,kerana menyesal nanti,,tiada gunanya...
Seterusnya...huruf yang kedua daripada perkataan POWER ialah huruf O!..apakah yang ada disebalik huruf tersebut??..biar saya yang beritahu...opportunity...atau dengan kata lain...peluang...pasti semua orang tahu..hidup sekali je beb..tak ada orang mati then boleh hidup balik...tak ada orang yang boleh nak hidup je..tak mau mati2..tak bolehhh...dan sudah semestinya tak ada orang tahu bila dia mati...itu yang penting skali..jadi,,ambil lah segala peluang baik yang hadir dalam hidup kita..jangan tangguh,,jangan lenggahh.."haaa,,nnti2 la aq buat..tahun depan ada lagi bulan puasa.."...jangan sekali-kali kita jadi begitu...tidak kira lah sebesar mana kebaikan yang kita buat,,apa yang pasti..setiap itu Allah nilai..dan setiap itu pasti Allah akan beri ganjaran..insyaallah..yakin,,pasti kita boleh!
Dan kita pergi ke huruf yang berikutnya...iaitu huruf W...disebalik huruf tersebut ialah...wish...dengan kata lain niat,,hajat ataupun harapan..."ermm,,i wish to get a good result in my exam.."...itu contohnya...yaaa,,klau nak berjaya..sudah pasti mesti ada usahanya..harapan itu lah yang menjadi batu loncatan ataupun pencetus kepada segala usaha yang bakal dilakukan...sama juga sewaktu ramadhan...nak khatam 30 juzuk al-Quran,,berusaha nak dapatkan malam lailatulqadar..kita bangkit bangun malam..mndirikan qiamullail dan sebagainya..jadi,,kita sepatutnya meneruskan semangat itu di bulan2 yang lain juga..barulah menjadi seorang yang hebat dan mampu beristiqamah dalam semua ibadat.
Huruf yang seterusnya ialah huruf E..iaitu encourage...dalam bahasa melayunya dorongan atau galakan...setiap orang perlukan galakan atau support untuk melakukan semua perkara terutama sekali hal2 yang amat bermakna ataupun hal2 yang bakal memberi mpak yang besar dalam hidupnya..barulah seseorang itu rasa yakin dan lebih bersemangat untuk melakukan perkara tersebut..contohnya,,kita nak berubah jadi lebih baik semasa bulan ramadhan,,so,,bergaul lah dengan mereka yang mampu membuatkan kita mencapai impian kita itu dan moga2 berterusan selama-lamanya...maka,,carilah kawan2 yang supportive iaitu mereka yang mampu dan sudi memberi semangat kepada kita untuk melakukan pelbagai perkara tatkala kita memerlukannya...jauhilah mereka yang berfikiran negative dan hanya melunturkan semangat..dan yang lebih elok,,carilah seseorang yang sudi bersama kita tatkala kita senang mahupun susah..nescaya,,kita akan lebih proaktif dan maju dalam hidup kita..insyaallah.
Dan yang terakhir sekali...huruf yang bakal saya bongkarkan rahsia disebaliknya ialah huruf R...iaitu reckon..dalam bahasa melayunya...menghitung...atau self-reckoning..yang bermaksud..muhasabah diri...fikirkan kembali segala tingkah laku kita..adakah baik...adakah menguris hati orang kata2 kita tu...adakah betul keputusan yang kita buat...apakah kesannya jika aku buat macam ni...haaa,,itulah persoalan2 yang harus kita tnya dalam diri kita sendiri pada setiap hhari,,setiap malam bila kita nak tido..tanya diri kita dulu...dari pagi,,smpailah sebelum aku melangkah masuk bilik nak tido..apa yang aku dah buat???...betul ke??...ternyata kita ni manusia mudah lupa..kita tak sedar apa yang kita wat...adakalanya kita buat sesuatu itu hanya berlandaskan hawa nafsu dah ikut kata hati kita sahaja tanpa memikirkan semasak-masaknya..seperti dalam bulan ramadhan..kita khuwatir untuk melakukan dosa,,risau termengumpat,,risau termencarut...dan dengan itu,,setiap malam kita fikirkan semula..bermuhasabah diri kita..dan oleh itu,,apalah salahnya,,kita bawa budaya itu ke bulan2 yang lain..supaya nilai yang baik sewaktu ramadhan dapat kita teruskan di bulan2 yang lain.. :)

Oleh yang demikian..sampai disini sahajalah nukilan saya..berkaitan dengan ramadhan yang baru sahaja berlalu meninggalkan kita dan dalam usaha kita untuk menjadi umat yang POWER! di masa hadapan..dan ingatlah,,setiap yang berlaku di masa hadapan adalah disebabkan segala tingkah laku kita pada hari ini..baik perbuatannya,,baik jugalah kesannya nanti..dan begitulah sebaliknya...kesimpulannya,,daripada perkataan POWER tadi..setiap peluang haruslah direbut,,setiap perkara yang dilakukan perlulah dimuhasabah diakhirnya..menggunakan platform yang ada..dengan niat yang betul bersama sokongan yang padu...nescaya...suatu hari nanti..kita bakal menjadi seorang umat yang hebat dan disegani oleh semua orang dipelusuk dunia dan barulah dakwah kita dapat dikembangkan dengan jayanya..insyaallah.. :)

~DAKWAH ITU TANGGUNGJAWAB BERSAMA~

Tingkatkan prestasi..kekalkan motivasi.



No comments:

Post a Comment