ILMU....apabila melihat perkataan tersebut..apakah yang terlintas difikiran kita sekarang?..wajah kedua iba bapa kita?..atau...lambakan buku-buku teks yang banyak?..ataupun harta benda mewah yang ada dipasaran sekarang??..tepuk dada,,tanya minda..Allah telah mengurniakan kita akal fikiran supaya kita mampu menilai dan mengkaji apakah tujuannya kita hidup di atas muka bumi ini berdasarkan segala ilmu yang telah kita pelajari.
Rasulullah saw telah ditanya: "Apa itu ilmu?" Baginda menjawab: "Berdiam diri." Baginda ditanya lagi: "Kemudian?" Baginda menjawab: "Dengarkan dengan penuh perhatian." Baginda ditanya: "Kemudian?" Baginda menjawab: "Ingat." Baginda ditanya lagi: "Kemudian?" Baginda menjawab: "Amalkan." Baginda ditanya: "Kemudian?" Baginda menjawab: "Sampaikan."
Melihatkan daripada dialog diatas..dapat kita simpulkan disini bahawa..ilmu itu adalah sesuatu yang penuh dengan kesucian..ilmu yang hak mampu diperoleh dengan sifat rendah diri,mendengar dengan penuh teliti..serta disimpan di dalam minda lalu diamalkan dan mengajak orang ramai bersama-sama saling berkongsi apa yang diperolehi..bak kata omputeh.."sharing is caring.."
Namun..dalam proses menuntut ilmu itu..setiap orang harus setting niat yang betul...janganlah niat hanya untuk kepentingan diri sendiri dan bertujuan keduniaan kerana itu semua hanya sia-sia..ilmu yang diperoleh tidak diberkati,,hati tidak tenang dan sentiasa dalam kegelisahan.
Imam Ali as berkata: Jangan mencari ilmu untuk 4 keperluan: (1.)Mengagungkan diri dihadapan manusia berilmu. (2.)Berhujah dengan yang jahil (3.)Menunjuk-nunjuk dalam perhimpunan manusia. (4.)Menarik perhatian manusia untuk mendapatkan jawatan untuk berkuasa.
APA TUJUAN KITA TUNTUT ILMU??...TUJUANNYA ADA PADA SETIAP HURUF DARIPADA PERKATAAN ILMU ITU SENDIRI......
- Yang pertama..huruf I...iaitu IBADAT..dengan adanya ilmu..setiap ibadat yang dilakukan,,tidak kira ibadat wajib mahupun sunat..kita mampu lakukannya dengan sempurna...tiada ilmu,,rosaklah ibadat..
- Yang kedua..huruf L...iaitu LARANGAN...dengan adanya ilmu..setiap perkara larangan Allah kita dapat kenal pasti dan mampu menghindarkan diri daripada melakukannya serta menerapkan amar makruf nahi mungkar dalam jiwa.
- Yang ketiga..huruf M...iaitu MASA...dengan adanya ilmu...kita dapat elak diri daripada terjebak melakukan perkara yang sia-sia yakni lagha..kerana kita sedar,,masa itu emas..it will keep moving,,not waiting for us.
- Yang terakhir..huruf U...iaitu USIA...semakin hari..umur kita semakin lanjut..oleh yang demikian,,kita sedar akan pentingnya ilmu..kerana ketika kita mati nanti..one of kita punya amal yang akan dibawa bersama adalah ilmu yang dimanfaatkan.
Oleh yang demikian..menuntut ilmu ini sama juga jika kita ingin pergi menanam pokok..pastikan tanah cukup subur...pastikan cangkul yang dibawa itu tajam untuk membelah tanah..dan pastikan pokok yang ditanam akan memberikan hasil yang baik suatu hari nanti.
Ilmu itu suci..jangan dicemar dengan nafsu diri..jangan dikhianati untuk kepentingan diri..tuntutlah ia dengan seikhlas hati..kerana ilmu itu tidak mampu diperoleh hanya belajar keras,,tetapi ia adalah cahaya yang Allah sinarkan pada hati umat-umatNya yang Dia kehendaki..jadi ayuuhhh,,mohonlah dan banyak-banyak berdoa agar Allah memilih kita sebagai orang yang sentiasa dipancarkan nur untuk kita mengharungi hidup diatas bumi ini dah insyaallah di akhirat kelak. :)
~DAKWAH ITU TANGGUNGJAWAB BERSAMA ~
Tingkatkan prestasi..kekalkan motivasi.


No comments:
Post a Comment