Memulakan bicara dengan bismillahirrahmanirrahim..pertama sekali kita harus mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk memuhasabah diri kita atas segala kelakuan kita tidak kira sama ada dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Bersyukur juga kerana dapat bersama-sama lagi dengan keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga..bergurau senda dan berlawak jenaka.
Kerana merekalah penyeri dalam hidup kita, menemani kita di saat kita keseorangan dan membantu kita tatkala kita dalam kesusahan. Hidup dalam bermasyarakat amatlah besar dugaannya kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Persis pen dengan dakwat..jika habis dakwatnya, maka pen tersebut tidak mampu melakukan kerjanya.
Begitulah juga dalam sesuatu organisasi gerak kerja, setiap ahli harus bersatu dan saling bekerjasama demi memastikan objektif sesuatu kerja itu dapat dicapai dengan jayanya. Dalam hal ini, untuk mewujudkan kerjasama yang mantap..cara berkomunikasi antara ahli-ahli organisasi tersebut haruslah dengan cara yang baik dan berkesan.
Percakapan yang sopan, tidak meninggikan suara ketika bercakap serta bersama-sama melakukan tugas..bukan hanya pandai mengarah..adalah cara yang amat penting yang harus diberi perhatian oleh semua pihak.
Setiap orang ada cara dan pandangan yang berlainan..oleh yang demikian, kita tidak harus bertelagah sekiranya pendapat kita ditolak dan digantikan dengan pendapat yang lain..jangan bergaduh, berbincang adalah solusi yang terbaik!
Tidak salahlah jika kita mengatakan sesuatu kerja yang dilakukan melalui perbincangan dan meminta pendapat atau pandangan orang ramai adalah kerja yang amat baik hasilnya nanti.
Jadi ayuh kita semua bersatu tidak kira melakukan kerja apa sekalipun, hasil berkumpulan tidak sama dengan hasil individu. :)

No comments:
Post a Comment