Tapi...bukan itu soalnya...apa yang kita nak lihat kat sini ialah brtapa besar n agungnya ciptaan Allah itu..memang tiada tandingan..btol2 hebat kan?..itu baru dari segi ciptaan manusia..blom lagi alam sekitar,,pokok2..sungai..laut tu semua..haiwan2..peehhh,,x trkata lahh..
Namun..tak semua diantara kita ni yang lahir sempurna..ada yang dilahirkan cacat,,tak sempurna...ada juga yang dilahirkan trdapat tanda lahir pada anggota badan tertentu seperti muka,,tangan dan sbagainya..banyak persoalan yang timbul dalam kalangan masyarakat kita yang was-was...bolehkah kita mengubahnya???
Dengan adanya teknologi yang serba canggih sekarang..melakukan pembedahan plastik,,mengunakan laser dan sebagainya..namun kita harus ingat,,untuk mengubah sesuatu yang telah ada pada kita sejak azali lagi harus lihat pada niat dan tujuan kita melakukan perkara tersebut.
Melalui pembacaan saya..Allah ada mengatakan,,klau kita nak ubah sesuatu demi kebaikan dan keselesaan diri kita dan orang sekeliling,,bolehlah kita melakukan pengubahsuaian tersebut tak kira la melalui pembedahan mahupun melalui laser..
Tetapi..jika niat kita melakukan pembedahan tersebut hanya untuk meraih pujian manusia..dan tiada apa2 tujuan yang tetap..baik kita lupakan sahaja niat kita itu..kerana perbuatan tersebut akan mendapat murka Allah dan berdosa besar.
Firman Allah SWT dalam surah At-Tin, ayat 4 bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Allah melaknat pembuat tatu, orang-orang yang meminta supaya dibuatkan tatu, orang-orang yang menghilangkan rambut pada wajah serta orang-orang yang meminta supaya dihilangkan rambut pada wajahnya, serta orang-orang yang merenggangkan gigi demi kecantikan untuk mengubah ciptaan Allah.
Bagi saya sendiri..saya ada tanda lahir di lengan kiri..warna kehitaman..jujur saya kata,,memang buruk jika dipandang dengan mata kasar..ada juga terdetik dihati saya ni nak membuang tanda lahir kat tangan saya ni..tapi saya batalkan niat saya tu..kerana Allah tak suka orang yang tidak bersyukur atas apa yang Dia dah bagi,,tak pelaa..tak cantik kat mata manusia tak pe tapi jangan pada Allah.
Kepunyaan kita yang sebenar adalah roh kita..jasad kita ni hanya pinjaman...ibarat macam skim pinjaman buku teks yang kita amek time skola tu..bila cikgu tahu yang buku tu dah kita conteng2,,cikgu marahkan??..cikgu suruh kita padam,,klau tak..cikgu tak nak terima..and kita kena bayar denda...
haa..sama juga la antara kita dengan Allah..jagalah dan syukuri setiap apa yang telah Dia beri kepada kita..nescaya selamat hidup di dunia dan akhirat kelak. Insyaallah. :)

No comments:
Post a Comment